Bio Penulis

Mohd Suhaimi bin Suib nama penuh kedua ibu dan bapa saya telah berikan dan saya telah lahir pada 12 Februari 1989 di Hospital Besar Pulau Pinang pada jam 4.58 minit pagi.

Nama panggilan ada banyak termasuklah Mie, Cody Mie, Joey dan terbaru Emy lagi terbaru ada orang panggil saya Amie.

Mendapat pendidikan awal di SK Minden Height sebelum meneruskan peringkat menengah di MRSM Langkawi. Seterusnya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang untuk program matrikulasi dan kini sedang berada dalam tahun 3 pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Sains Fizik

Meminati filem dan mengulas filem hasil daripada minat untuk menulis skrip dan mula mendapat pendedahan daripada saudara Ajami Hashim (saya gelarkan Uncle) sebab banyak membantu saya dalam dunia penulisan.

Bergerak aktif (tak la sangat aktif) dalam setiap program Review Filem, Makan Malam dan Gala Artis untuk membuat liputan sebagai seorang blogger jemputan.

Menceburi bidang perdebatan ketika berada di UKM dan alhamdulillah dapat mewakili UKM untuk pertandingan debat di antara IPTA. Akhir kata, Suhaimi Suib ini seorang yang pendiam, gigih , suka beremosi kadang - kadang dan serius. Harap saya menjadi seorang lebih baik. Terima kasih atas sokongan anda teruskan melayari blog Suhaimi Suib.


*Gambar di atas ialah gambar bersama Cik Atiqah Moastam, Penyelaras Urusetia Pengucapan Umum UKM yang diambil ketika Debat Alam Sekitar 2009.

No comments:

Post a Comment