Saturday, February 26, 2011

[TEATER] Terima Kasih Cinta Muzikal Yang Pasti Diingati

Minggu lepas blogger Oh Filem Kita telah hadir ke tayangan media untuk teater Terima Kasih Cinta yang sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 6 Mac ini dan ramai yang bertanya pendapat feedback kepada kami apakah sebenarnya kualiti teater yang sedang ditayangkan ini. 

Tony Eusoff

Secara keseluhurannya teater Terima Kasih Cinta akan pasti tidak mengecewakan anda dengan lakonan, tahap persembahan tarian dan vokalis yang amat mantap daripada pelakon - pelakon. Sejujurnya aku amat suka kepada lakonan Anding yang tampak hidup tanpa perlu dibuat-buat untuk melakonkan watak teater. Tidak lupa juga kepada lakonan Nadia yang memegang watak Arianna. Sebenarnya teater muzikal ini ialah adaptasi daripada filem Cinta arahan Kabir Bhatia. 

Foto ihsan  blog tersebut !


Koreografer teater ini menarik dan penuh dengan harmoni kecuali untuk bab menari syok sendiri si editor majalah yang amatlah tak kena tempat ditambah dengan suit berwarna pink dia yang amat aku rasa macam annoying giler mamat ni nyanyi. 

Lagu - lagu sepanjang teater kebanyakkan lagu yang anda mungkin akan suka kerana banyak daripada filem Cinta. Perpisahan daripada Anuar Zain. Tapi aku paling ingat apabila lagu Sejati dibuat bentuk melodrama oleh Tony Eusoff dan Norish Karman. Memang meremang habis lah bulu tengkuk aku tengok teater ini.

Kalau dari aspek teknikal teater ini bermain mudah dengan props kerana hanya menggunakan 3 set 2 kotak stage yang digabungkan menjadi 6 kotak dan transition to scene hanya akan dimainkan oleh penata lampu. Overall teater ini sangat kelas dan hebat. Anda pasti terhibur. Dapatkan tiket sementara stok masih ada sehingga 6 Mac 2011. 


No comments:

Post a Comment