Sunday, January 2, 2011

[ULASAN] Filem The Tourist (2011)

Filem The Tourist lakonan Johnny Depp ini merupakan salah satu filem romantic action yang unfogettable dalam kotak pemikiran aku kerana beberapa bait dialog yang amat mungkin menampakkan kematangan dalam penulis skrip membentuk ceritanya. Cerita ini mungkin tidak digemari oleh seseorang yang mahukan aksi keras dan melampau mahupun setiap babak dipenuhi dengan aksi saspen hingga jantung berdegup. Filem ini hanya bergerak perlahan dipermulaan cerita memperkenalkan kepada kita watak Elise lakonan Angelina Jolie yang bertindak menjadi agen untuk Alexander Pearce yang tidak divisualkan..Fokus penonton audiens filem ini mungkin akan tertanya - tanya siapakah Alexander Pearce dan apa peranan watak Johnny Depp dalam mencari Alexander Pearce dan kenapa Alexander Pearce ini menjadi begitu penting dan menjadi buruan kumpulan penjenayah dan juga polis interpol.
Elise seorang yang menawan


Penceritaan mula bergerak setelah Elise bertemu Frank lakonan Johnny Depp dalam keretapi yang kemudiannya membentuk cerita berkisar tentang bagaimana buruan Alexander Pearce menjadi fokus utama cerita disulami dengan kisah pencintaan tiga segi ke dua segi itu terpulang antara Elise,Frank dan Alexander Pearce.

Filem ini menjadi satu unforgettable moment kerana twist yang hadir dihujung filem membuatkan anda rasa terfikir kembali saat di awal cerita bagaimana ia dibentuk menjadi satu susunan yang diadun kemas tanpa sebarang cacat cela..Namun ada mungkin beberapa moment yang menjadi key point untuk ada tahu siapakah Alexander Pearce  yang ditonjolkan dalam cerita berdasarkan karekterister penyamaran beliau yang gemar menipu dan pandai untuk mengelak daripada tertangkap.

Dari segi lakonan dan penghayatan karekter, pujian harus diberikan kepada Johnny Depp dan Angelina Jolie kerana watak Johnny Depp yang genius dan gila - gila dalam Pirate of Carribean dikontrakan dengan watak seorang yang guru Matematik lurus bendul dalam filem ini..Tapi persamaan jelas mimik muka Johnny Depp nampak seakan - akan orang bendul dan lurus bendul menjadi..Begitu juga Angelina Jolie, watak yang perlu digarap seperti dalam filem Wanted digarap baik cuma berbeza dalam filem The Tourist beliau perlu menjadi seorang lebih elegen dan anggun dan memukau hati orang kerana digambarkan sebagai seorang perempuan yang menjadi idaman semua lelaki.

Venice menjadi latar sepanjang filem ini.
Jujurnya aku tak boleh review panjang - panjang kerana takut terspoilerkan banyak perkara menarik dalam filem ini. Tapi aku sangat enjoy menonton filem ini dan pastinya tidak rugi RM10 anda untuk menonton filem sebaik filem ini. Aku seperti ingin ke Venice selepas menonton filem ini.

Rating : 4.5/5

No comments:

Post a Comment