Baru - baru ini aku baca satu artikel tentang David Teo mengumumkan kepada Ketua Pengarang Utusan bagaimana filem terbitannya di bawah MIG Production iaitu Ngangkung telah berjaya memperoleh kutipan RM 10 juta dan kalau benar dakwaan David Teo ini Ngangkung merupakan filem Melayu yang sedah mendahului carta filem kutipan tertinggi. Filem Ngangkung merupakan filem bergenre komedi seram yang mempertaruhkan Shaheizy Sam sebagai pelakon utama untuk menggarap filem ini.
Shaheizy Sam Pelakon Filem Professional Berbakat Besar |
Berbeza dengan situasi filem Dua Alam karya Dr Rozmey yang khabarkan promosi bagai nak rak tapi habuk pun tarak. Promosi kata bakal dapat RM 40 juta la RM 2 juta la tapi end up dengan RM 1 juta pun tak lepas. Filem ini ialah filem bergenre drama. Kalau lebih tepat filem keinsafan (kata kau la ) untuk menarik perhatian penonton tentang realiti masyarakat yang sedang berlaku sekarang.
Ada dakwaan kata masyarakat kita suka dengan filem seram dan tahyul ? Betul ke ? Haha ini dakwaan logik yang boleh diterima pakai antara sebab orang sekarang suka tengok filem - filem macam ini adalah kerana filem ini realiti jugak sebenarnya. Berapa ramai masyarakat Melayu masih lagi percaya bomoh, perkara benda - benda syirik. Bagi aku lambakan filem ini yang membimbangkan sesetengah pihak tidak wajar kerana masyarakat penonton filem sekarang bijak. Mereka tidak lagi akan terikut - ikut dan terpengaruh dengan filem. Sehingga penerbit filem dan pengarah terbaik FFM Syafiq Yusoff yang akan hadir dengan filem Khurafat minggu depan teringat saya kata - katanya " Jangan ajar penonton, biar penonton berfikir". Dalam kata lain filem yang diterima masyarakat sekarang ialah filem yang membuatkan masyarakat berfikir kenapa jadi macam tu, apa kesudahannya, bila dia mati, siapa watak jahat, siapa patut mati.. Jangan hidangkan menu tapi bagi bahan untuk membuat menu itu dan biarlah mereka membuat menu itu..Itu kata - kata aku..
Kenapa Dua Alam tidak diterima ? Kerana cakap poyo lebih mungkin orang menyampah ? Haha satu sebab mungkin kerana bila promosi gempak orang akan expect sesuatu yang lebih bermakna ini mungkin filem revolusi dalam Malaysia..Tapi bila pergi tengok dan diberinya serupa dengan mangkuk jamban (maaf jika kasar haha) siapa nak layan dan pergi tengok. Aku pun tak pergi tengok sebab berdasarkan ulasan kawan - kawan filem ini standard drama sahaja. Kalau standard drama sahaja baik jual kat TV3 isi slot Cerekarama tak payah buat belanja besar - besar nak jadikan ia filem. Sudut sinematografi ada orang puji tapi sudut story telling hancur siap flashback cara yang sama. Siapa mau layan ?
Kenapa Ngangkung berjaya ? Kerana kekuatan watak Shaheizy Sam yang pandai berlakon disamping karekter semulajadi yang kelakar. Sebab itu Adnan Sempit juga berjaya peroleh kutipan yang tinggi. Kalau nak diikutkan bukan itu sahaja malah Ngangkung berjaya membuat audiens melihat filem itu berulang kali di pawagam kerana kelakar yang tidak bosan kalau cliche pun lawak itu masih buat orang teringat dan nak tengok lagi sama seperti Hantu Kak Limah.
Pengarah paling aku puja disamping Afdlin Shauki, Yasmin Ahmad dan Kabir Bhatia |
Harapan aku semoga industri filem kita berkembang. Bukan apa sampai bila genre komedi sahaja akan jadi kegilaan ramai. Sampai bila komedi kosong sahaja mahu diangkat. Komedi seram walaupun ada mesej sikit-sikit. Komedi satira kalau ada kritikan sosial seperti Mamat Khalid memang tak apa sebab itu karya tinggi. Tapi sehingga bilakah filem kita hanya akan bersifat popcorn movie. Susah cari filem yang penuhi kedua - dua kekuatan. Filem yang enjoy tapi banyak mesej. Semoga tahun 2011 meningkatkan lagi kualiti filem Melayu.
No comments:
Post a Comment