Sudah seminggu rasanya aku menonton filem ini dan akhirnya barulah review filem ini aku keluarkan itupun sebab filem ini sudah berada di pawagam dan hampir habis maka kepada sesiapa yang masih belum menonton aku galakkan sangat untuk anda semua menonton filem ini.
Filem ini sebenarnya berlatar belakangkan kisah crusader dalam Perang Salib di mana ketika zaman sebelum Perang Salib ini puak gereja akan membunuh kepada sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir atau ilmu hitam dan kitab untuk menewaskan ilmu hitam ini diberi nama Kitab Solomon. Kepada peminat filem epik seperti Lord of The Rings ataupun Clash of Titan atau apa - apa sahaja yang ada sejarah dalam dunia lampau anda pasti meminati karya ini malah anda mungkin seperti saya yang khusyuk habis menonton filem ini.
Kisah ini bermula selepas terdetik dalam diri salah seorang pahlawan perang salib iaitu Behmen lakonan Nicolas Cage yang sedar perbuatan membunuh wanita dan kanak - kanak adalah salah. Mereka kemudian bertindak tidak lagi mahu berkhidmat untuk gereja sebaliknya memilih untuk hidup sendiri. Seperti dalam kisah awal yang mungkin menarik namun pengenalan watak Behmen yang terlalu lama mungkin agak membosankan bagi sesetengah peminat filem pop corn namun aku merasa inilah bahagian paling penting dalam filem agar semua karekter Behmen ini dapat diintepretasi dengan baik oleh audiens.
Kisah mula berkembang apabila Behmen dan rakannya Pelson (lakonan Ron Perlman) sampai di sebuah kota dan identiti mereka terbongkar. Mereka ditangkap kerana melanggar kontrak pihak gereja untuk berkhidmat selama tempoh ditetapkan namun pihak Cardinal bandar memberi syarat mereka boleh dilepaskan dengan syarat berkhidmat untuk gereja. Kota itu dilanda wabak Black Plague disebabkan oleh seorang ahli sihir yang menyumpah kota itu.
Mereka perlu membawa seorang wanita ke kota Severac dan cerita ini kebanyakkan berkisar tentang pengembaraan mereka ke kota Severac itu di mana perempuan yang telah ditahan kerana di katakan ahli sihir ini telah banyak ada kuasa yang seperti nampak seakan - akan tidak mahu ke kota tersebut.
Filem ini berjaya menimbulkan twist diakhir penceritaan di mana semua kisah akan di flash back dan anda akan mengetahui cerita sebenar disebalik wanita ini. Aku malas nak tulis dan review yang spoil.. Selalu aku macam ni..
Cuma komen terhadap lakonan Nicolas Cage yang agak serius dan menjadi. Latar belakang filem ini seakan - akan anda berada dalam permainan video komputer di mana ada kota yang terbiar menjadikan realistik filem ini menjadi dengan teknik CGI yang agak baik kecuali CGI ketika perang yang aku rasa macam kartun giler..Mungkin diorang dah tak ada duit kot nak buat CGI gempak.
Kelainan pada filem ini ialah walaupun ia sebuah filem epik namun kesan thrillernya kepada penonton terjadi . Beberapa aku meremang bulu roma melihat beberapa babak yang begitu saspen ! Fuh...
Rating : 4/5
No comments:
Post a Comment