Tuesday, January 25, 2011

[ULASAN] Filem Faster Kualiti Kamera Zaman Bila ?

Ada orang kata bila tengok filem kita tengok isinya bukan luarannya yang tidak kemas atau sebagainya kerana tetap filem ialah medium sampaikan mesej yang berguna. Namun, bagi aku kurang bersetuju bagi aku kombinasi yang baik ialah filem yang mempunyai kekuatan untuk berupaya mengekalkan balancing pada semua aspek. 

Kali ini biar aku review pasal filem Faster yang baru minggu lepas aku tengok dekat wayang. Faster menceritakan kisah seorang banduan yang keluar dari penjara untuk membalas dendam diatas kematian abangya yang mati dikelar. Perjalanan filem ini bergerak di awal babak audiens lebih fokus untuk mengetahui siapakah watak yang keluar dari penjara ini dan kenapa tiba - tiba dalam 10 minit yang pertama cerita baru sahaja keluar dari penjara terus menembak seorang lelaki. Babak ini merupakan babak permulaan untuk cerita berkembang. Lama - kelamaan fokus cerita diakhirnya memberi kita tanda tanya siapakah sebenarnya dalang yang membunuh abangnya. 

Namun bagi aku Faster gagal menampakkan cerita aksi dan thriller seperti ini lebih menarik hanya kerana mood yang tidak bersesuaian dengan latar cerita selalunya mood untuk cerita jenayah dan cerita ala - ala saspens macam ni kenalah ada watak - watak yang sesuai. Pemilihan watak The Rock pada aku yang nampak sesuai dengan personaliti yang dibawa. Watak sampingan Killer lakonan Oliver Jackson Cohen yang merupakan seorang pelakon berbangsa British merupakan watak paling spoil dalam movie ini walaupun sebenarnya aku tahu ramai wanita pasti akan tergila - gila watak ala -ala James Bond yang romantik,kacak tapi silent killer tapi totally dari segi professional watak ini memang tak sesuai dengan karekter beliau. Lebih baik kalau pelakon Hitman yang memegang watak ini. Oliver Jackson Cohen nampak terlalu seakan-akan silent killer yang bodoh padahal dalam storyline dia adalah orang paling pandai membunuh kecuali dihadapan The Rock.

Oliver Jackson Cohen kegilaan wanita dalam pawagam aku tengok tapi garapan lakonan kurang memuaskan.


Korang mungkin akan teruja melihat cara pembunuhan yang amat kejam oleh The Rock. Namun filem ini mungkin kekuatannya ialah dari segi nilai humanistik yang diserapkan sedikit masuk dalam filem. Bila kerohanian dan humanistik menjadi nadi filem itu ialah cara terakhir untuk selamatkan filem tersebut sekalipun cerita dia sampah. Humanistik dalam filem ini tertonjol bagaimana The Rock tidak sanggup membunuh orang yang sudah berkeluarga dan juga orang yang kuat ilmu agamanya. 

Kalau hendak diikutkan tahap kesegaran filem ini boleh aku bagi 2/5 kalau ditukarkan latar masa, plot dan sebagainya barangkali filem tahun 1980 karya P Ramlee akan menjadi lebih menghiburkan. Sedikit komen tentang kualiti kamera, sinematografi dan pencahayaan. Dari segi kamera mungkin kos yang rendah dalam penghasilan filem ini menyebabkan bila aku masuk wayang aku kata "ni pasang CD ke?" DVDRip download dari internet. Punyalah bangkai dan tersangat keji maha dahsyat kualiti kamera yang dipersembahkan bukan sahaja itu ditambah dengan set Gurun yang amatlah nampak sangat menipu dengan pokok yang tak real. 

Sinematografi agak kemas dengan shot - shot menarik terutama part flash back siri rompakan. 

Keseluruhannya bagi korang yang masih belum layan filem ini pergilah menonton di pawagam terdekat anda. Kalau budak UKM pergi jela Alamanda. Aku tahu ramai suka dating Alamanda tu so apa lagi..This film should be on your list.

Rating : 3.5 / 5

No comments:

Post a Comment