Tuesday, February 15, 2011

[ULASAN] Black Swan Filem Ghairah Dalam Halusinasi Seorang Lesbian

Oh tidak barangkali tajuk entri ulasan filem ini hanya sekadar menarik perhatian kerana belum tentu watak Natalie Portman yang melakonkan watak Nina ini ialah sebenarnya seorang lesbian. Baik aku mulakan review tentang filem ini yang mengisahkan tentang seorang penari ballet yang mempunyai keinginan terpilih sebagai penari yang akan mementaskan Black Swan sebuah teater arahan pengarah seni Thomas Leroy (lakonan Vincent Cassel. Namun beberapa konflik hadir iaitu hadir pencabar beliau seorang penari ballet dari San Fransisco iaitu Lily yang dilakonkan oleh Mila Kunis. 

Perhubungan Lily dan Nina : Sahabat dan lawan ? Permainan emosi Nina yang tentukan

Filem arahan Darren Anorofsky ini bergenre thriller yang penuh dengan psikologi yang perlu untuk kita rungkai. Di awal babak penceritaan sulaman Darren penuh dengan tanda tanya seorang wanita yang ingin mencari dirinya. Watak Portman telah dilakonkan dengan baik untuk menunjukkan dirinya seorang yang sangat innocent,suci dan masih lagi seperti keanak - anakan kerana mendapat perhatian dan kawalan daripada ibunya, Erica Sayers (lakonan oleh Hershey). 

Filem ini hanya semata-mata kerana Portman percayalah
Filem psiko gelap ini mungkin mengigatkan aku kepada filem berbentuk Sixth Sense ataupun The Omen dimana kita mencari siapakah seperti watak budak itu dan apa sebenarnya dark evil yang menghantui budak itu. Dalam filem ini Portman menjadi perhatian audiens dengan menimbulkan satu tanda tanya siapakah yang menghantui Portman. 

Kalau bagi aku filem ini lebih berat daripada The Omen, lebih psiko dan lebih menakutkan susun atur latar dan juga lebih membawa audiens berfikir untuk menilai apakah sebenarnya yang terjadi kepada Nina ini. Namun mood dan cerita filem ini menarik minat penonton untuk sentiasa merasa suka dan senang dengan pergerakan kamera yang amat bergerak banyak seolah - olah ia adalah kehidupan seseorang yang sedang diekori oleh sebuah kamera menampakkan filem itu suatu karya yang lebih boleh diingati daripada filem yang lain. 

Penuh dengan metafora, gambaran halusinasi untuk menggambarkan situasi : Darren good driector :)
Diketengahkan juga bagaimana perkembangan watak Nina ini lakonan Portman yang pada mulanya kelihatan baik namun sedikit demi sedikit berubah kepada watak jahat kerana semua untuk memenuhi impiannya. Portman mula dengan beronani, berkawan dengan Lily pencabarnya yang akhirnya Lily ini membawa kepada lembaran kisah penuh hitam kepada dirinya, membawa dia clubbing, minum arak dan bertengkar dengan ibunya. Sedangkan itu permainan psikologi dalam dirinya sendiri yang meronta untuk melakukan perkara-perkara begitu demi suatu keinginan yang terlampau mendalam kerana orang yang ingin menjadi penari ballet untuk pementasan tersebut perlulah menghayati watak White Swan (seorang gadis suci, dara dan baik) dan Black Swan (seorang gadis liar, jahat dan kejam).

Lesbian ? Siapa yang lesbian. Perhubungan Lily pencabar Nina dan Nina yang akhirnya menjadi seorang sahabat dalam ilusi atau realiti itu yang tidak pasti. Tapi yang pasti hubungan mereka tampah aneh dengan unsur lesbian. Namun siapa yang menaruh cinta kepada siapa. Adakah back story Nina ini merupakan seorang yang pernah bercinta dengan lelaki akhirnya menjadi seorang lesbian sebab itu bertindak menggigit Thomas di awal cerita. Oh itu andaian aku semata-mata. Namun anda yang perlu rungkaikan sendiri bila menonton filem ini.

Elegen, sombong dan berani watak Lily bermain dalam perasaan cemburu
Cinta? Bukan pilihan atau arah filem ini ditonjolkan kerana cinta yang tidak ditonjolkan babak romantik berdating atau sebagainya maka jangan harap filem ini akan memaparkan suatu kenangan untuk anda berdrama dalam panggung wayang bersama kekasih anda. Namun percaya hidangan yang diberikan Darren kemas, bergaya, berkualiti dan mood anda untuk filem ini haruslah baik. 


Tetapi mungkin anda bermasalah jika anda cepat bosan dengan filem kerana penilaian aku filem ini bergerak lambat dalam memperkenalkan perwatakan pelakon. Filem ini juga penuh melodrama yang kalau hendak dikatakan meleret yeah aku setuju..Tapi twist, keenakan untuk anda menjamah emosi seorang perempuan yang anda terlalu obses dihidangkan bagi anda peminat Portman.

Filem ini bakal berada di panggung seluruh Malaysia pada 24 Februari 2011. Silalah ke panggung berhampiran anda untuk menonton filem ini. Aku mungkin tertinggal review tentang Beth ? Apa back story yang penting pasal Beth ? Anda jawab lepas tonton !

Keseluruhannya : 4/5 bintang.

No comments:

Post a Comment