Khamis lalu aku pergi menonton preview filem Papadom di KL Convention Centre. Papadom karya Afdlin Shauki bersama Ajami, Cartoonrama, Megat, Ray, Deen dan rakan- rakan blogger lain. Aku menantikan Papadom selepas ia popular di FFM 22 setelah berjaya merangkul 5 kategori paling penting ialah Filem Terbaik.
Maka aku masuk saja preview dengan meletakkan mindset harapan filem ini "owe me something to show to me"
1. Papadom adalah filem sentuhan emosi berkisar tentang kasih sayang sebuah keluarga.
2. Filem ini teramat layak untuk memenangi Filem Terbaik di FFM 22. Berbaloi la sekurang-kurangnya duit anda melayang RM10 di wayang.
3. Filem lambang satu Malaysia dan filem patriotik kerana watak Saadom (Afdlin), Allan (Pete Teo) dan Ali (India Muslim) digandingkan sebagai 3 sekawan...
4. Garapan mantap Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay (teramat comel dalam filem ini dengan manjanya dia) sebagai watak ayah dan anak merupakan gandingan chemistry yang tersangat mantap. Aku menangis meleleh air mata (seb bek berjaya cover di sebelah Megat) babak ayah meluahkan perasaan kepada anaknya tentang dia hanya ada anaknya Miasara (Liyana).
5. Watak Norkhiriah mencuit hati penonton dengan kehadiran sebagai bayangan kawan hantu dalam ekspresi yang sesuai dengan latar. Watak beliau sangat berkesan dalam hidupkan suasana lawak itu kembali. Actually some of part to get the story driven ia adalah daripada cadangan dan konflik yang ditimbulkan oleh Norkhiriah..Maka watak Saadom biasanya bertemu Norkhiriah ialah titik plot dimana cerita itu bergerak untuk ke fasa seterusnya supaya kita lebih faham. Di sini jugak banyak dialog lucu timbul.
6. Style dialog mudah difahami dan teramat lucu..Ada jugak dialog tentang pendapat Afdlin dalam beberapa perkara yang best contoh "Wajib Tayang" "Genre Filem Seram" "Filem Kaut Untung" dan macam2 lagi.
7. Skor muzik OST yang powerful daripada Pacai menghidupkan cerita ini. Lagu dari Ana Rafaili misalnya memang sangat sesuai dengan jiwa remaja untuk gambarkan Miasara . Malah Daniel Alfie punya lagu semuanya masyuk.
8. Comedy drama the best ever yang for me masterpiece terbaik Afdlin untuk filemnya.
9. Penghayatan watak Vanidah cukup memberangsang pada aku ( terumata waktu Afdlin kena penampar ). Pete Teo, Harun Salim Bachik dan Que Haidar memainkan peranan terbaik mereka.. Farid Kamil biasa-biasa saje kerana karekternya memang karekter terlalu biasa beliau ambil peranan. Watak Scha sebagai minah gedik memang havoc walaupun tak nampak gurly sangatlah..(jangan marah Awal)
10. Ketawa lah anda sesuka hati dan menangis sepuas-puasnya melihat filem ini kerana Afdlin berjaya menyentuh emosi aku. A yet another film berjaya sentuh hati aku.
11. Tidak ada detik dan ketika anda akan katakan bosan, klise, mengantuk dan sebagainya kerana sepanjang cerita anda pasti akan teruja...
12. Jika anda sukakan puaka dalam permainan ragbi iaitu adegan orang makan orang juga mungkin ini filem anda boleh tengok. Tapi tak seram jangan risau yer wanita-wanita leher cantik!
13. Abaikan aspek teknikal seperti pengcahayaan, shot yang menarik sebab pasti ada tak jumpa dalam filem ini bermakna teknikalnya bukanlah yang terbaik.
14. Oh ya, peminat-peminat sila jangan lupa sediakan mindset yang Que Haidar maybe tak nampak macho dalam filem ini!
15. Penilaian adalah dari anda sendiri kerana ia berbeza-beza individu punya pendapat. Aku berpendapat ia sesuai diberi penghargaan filem terbaik berdasarkan apa ia mampu beri kepada penonton dan lupakan seketika shot cantik, lighting and teknikaliti yang begitu teliti..
Not the best ever ke best ever dari Afdlin ? Los dan Faun better lagi ke?
PAPADOM bakal menemui anda di pawagam pada 8 Oktober 2009
15. Penilaian adalah dari anda sendiri kerana ia berbeza-beza individu punya pendapat. Aku berpendapat ia sesuai diberi penghargaan filem terbaik berdasarkan apa ia mampu beri kepada penonton dan lupakan seketika shot cantik, lighting and teknikaliti yang begitu teliti..
Not the best ever ke best ever dari Afdlin ? Los dan Faun better lagi ke?
PAPADOM bakal menemui anda di pawagam pada 8 Oktober 2009
woi nak tengok jugak
ReplyDeleteSalaam Aidilfitri utk kau jugak dik! muahhh! :-)
ReplyDeleteramli kater turun tangan...ramli ramli ramli...dia jabatan lain
ReplyDeletewoah..ak baru je tgk PapaDOM..kat perlis xde panggung..hehe..gila ah..ak bagi gred A++..mmg best suma ada..lawak, sedih dan yg paling menonjol pengorbanan sorang ayah kepada anaknya...nak berair gak air mata ak..wakaka..papaDOM is nice..
ReplyDelete