Monday, December 21, 2009

[ULASAN] Santau Filem Melayu Sampuk Hantu

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana reaksi aku apabila melihat filem terbaru yang bergenre Seram iaitu filem Santau. Filem ini merupakan arahan Azhari Md Zin dibawah Metrowealth iaitu penerbit David Teo merupakan filem lakonan Putri Mardiana, Esma Daniel, adik Farisya dan juga Riezman Khuzaimi.

Filem Santau ini memaparkan plot-plot bagaimana ilmu hitam Santau yang terkenal dipersembahkan dalam visual layar yang gagal memberi makna sebenar Santau ini. Kalau Santau anda perlu tahu tentang bagaimana makanan di jampi dengan rambut dan kaca dan diberi makan kepada mangsa namun dalam filem ini paparan ini tidak dapat diadakan dan tidak memberi gambaran sebenar Santau. Mungkin penulis skrip kurang membuat "research" ketika menulis cerita sebegini. 

Namun, storyline lebih banyak kepada bagaimana proses rasukan ataupun kacau daripada entiti bukan manusia yang aku rasa macam orang itu bukannya disantau tetapi disampuk oleh makhluk seperti Nenek tua. Sudahlah kenapa Nenek tersebut pun gagal ditafsirkan dengan baik oleh cerita tersebut? Akhirnya ZOSAW tertanya-tanya siapakah Nenek ini.

Namun Pengarah Fotografi dalam filem ini harus diberikan pujian dari aspek ketelitian yang amat hebat. Rupanya memang tidak syak lagi Indra Che Muda merupakan pengarah fotografi filem ini yang sememangnya hebat.

Peranan watak dalam filem ini mungkin kurang menyerlah bagi adik Farisya bagi membawa elemen seram dalam filem tersebut. Mungkin penghayatan watak sebegitu ditambah dengan peranan yang gagal digunakan oleh penulis skrip.


Namun overall filem kritikan sosial kepada masyarakat Melayu tentang amalan hasad dengki ini memang membawa mesej moral yang baik kepada masyarakat. Persoalannya sampai bila industri filem seram kita perlu dipenuhi elemen rasukan dam sampuk tak habis-habis dimana kreativiti seorang pembikin filem Seram sekarang ? Anda fikirkan....

2 comments:

  1. pujian? tak boleh .. sebabnya.. filem ini sepatutnya filem santau ..tapi dah lari dari tajuk asal.. kalau dah nama filem pun santau, maka kena la buat si mangsa atau hero/heroinnya kena santau..

    ni tak, ade ke patut si penyantau tu dikatakan telah menyantau mangsanya tetapi yang dihantarnya ialah hantu.. hantu goyang katil lah .. ape lah ..

    patutnya mangsa kena santau tu mestilah perut buncit ker... muka jadi buruk ke.. hidung bernanah ke.. telinga koyak ke.. kemaluan hilang 2 minit ker.. kot2 mangsa jadi cipan kejap ker.. wakakakaa!

    takleh pakai la filem ni.. dah lari dari tajuk asal. itu pandangan saya.. :P

    ReplyDelete
  2. hello..hello..hello..guyss.. cite nie best okei..Leh tak jgn bother sgt dgn tajuk filem nie SANTAU.. enough la information tuk kite semua santau melalui makanan yg dah dijampi..which means.itu adalah salah satu method mudah tuk SI JAHAT nak hantar hantu ker.. nak rasuk badan ker..huhu.. overall cite nie best.. tak cliche klimakss die.. sampai perlu 3 "TOK" yang hebat tuk lawan si setan.. cume plot lite2.. but who cares bout plot.. coz.. ini cite hantu!! Enjoy!!

    ReplyDelete