Thursday, December 24, 2009

[ULASAN] Duhai Si Pari-Pari Filem "Surreal Comedy" Biasa

Filem ini merupakan filem terbaru Tayangan Unggul merupakan filem yang terakhir akan menutup tirai filem Melayu bagi tahun 2009. Azmi Md Hata merupakan seorang pengarah dari dunia telefilem, drama bersiri dan dokumentari telah mengarah filem pertamanya ini yang menelan belanja hampir 1.4juta. Genre cerita yang berbentuk "Fairy Tale Comedy" ini dilakonkan oleh Que Haidar (Syadon), Liyana Jasmay (Pari), Nabila Huda (Mala), Remy Ishak (Budi) dan Harun Salim Bachik (Para). Baca review ZOSAW berikutnya 



Review ZOSAW

1. Permulaan cerita yang amat meleret sehinggakan pengenalan watak bagi setiap karekter tergantung malah ada yang tidak dapat memahami karekter sebenar si Syadon. Malangnya juga karekter Syadon ini tidak berkembang hingga akhir cerita. Syadon digambarkan seorang yang "nerd" namun dalam cerita ini tampaknya seperti seorang "lelaki lembut". Lebih baik jika Syadon mengambil penghayatan watak dalam Papadom dalam lakonannya. yang barulah NERD. Keseluruhannya lakonan Syadon amat keterlaluan.

2. Lompong plot yang besar dan melompat-lompat. ZOSAW tidak suka cerita bersifat "no cause to make the plot there". Maknyanya dalam cerita ini banyak sangat benda yang tiada sebab musababnya untuk plot itu hadir. Contohnya, apa kaitan teko ajaib, kehadiran Pari dan pemilihan Syadon sebagai teman lelaki bagi Pari? Perkara ini gagal dikolerasikan dan gagal digambarkan motifnya kepada audiens. Kewujudan Pari ke bumi pun kurang jelas adalah disebabkan teko tersebut kerana ayah Pari, Para senang-senang je nak datang bumi. 

3. Kalau dalam debat ada "violate" ataupun percanggahan dalam filem ini juga ada percanggahan skrip ataupun "violation in script". Perkara ini kalau boleh hendaklah dielakkan, contohnya Syadon seorang watak yang "nerd" ataupun bodoh tentang duit. Tiba-tiba meminta duit dari Pari. Juga bapa Pari pesan  kepada Pari kebahagiaan bukan diukur dari wang, orang sekarang nak duit je dan bukak kekasih sebenar. Tapi bila Syadon minta duit dari Pari , Pari beri je dan kesinambungan daripada skrip lepas tersebut hilang. Juga, watak Nabila Huda seorang pisau cukur yang suka dekati orang kaya namun awal cerita Syadon bukanlah seorang yang kaya.

4. ZOSAW kurang senang dengan "narrator" cerita ini kerana membatalkan beberapa unsur saspens yang perlu dalam cerita. Spoiler la narrator tuh!

5. Sinematografi filem ini bersifat biasa yang tampak seperti telemovie yang tiada bezanya sekiranya bukan filem. Filem ini disarankan belajar teknik camera shot seperti filem "Enchanted" yang mana filem genre Surreal Comedy memerlukan teknik kamera sedikit kelab kabut.

6. Magika tampak seperti televemovie drama Indonesia iaitu Bawang Merah Bawang Putih. Mesti anda teringat kembali zaman drama ini famous! Mungkin ini ialah biasa bagi anda

7. Flash back yang mungkin satu sahaja menarik iaitu ketika Syadon mendukung Pari  dibelakangya yang tidak ditunjukkan sebelum itu. Flash back lain ialah flashback klise yang ada diawal cerita. Ajami yang mengajar saya teknik flashback yang tidak klise ini berdasarkan dramanya Tunjang Saadah.

8. Kalau perasan banyak babak guna shot-shot dekat bukannya wide shot walaupun babak memerlukan perkara tersebut. Contohnya babak dalam rumah ketika merompak Syadon oleh Mala dan Budi. Siap tak nampak apa Syadon tengah buat ketika Para dan Mala ngah gaduh-gaduh.

9. Keseluruhannya ZOSAW gagal untuk membuatkan filem ini terpaku di minda walaupun bait-bait pendek dialog mahupun babak yang akan dikenang. Namun, filem ini katanya dekat di hati anda!
10. Sesuai hiburan seisi keluarga bagi mengosongkan apa yang penuh di otak anda! Saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda pada 31 Disember 2009!

TQ Bro Ajami yang sudi invite ke Preview ini. 


1 comment:

  1. tis entri potray sumthin'... zosaw loves liyana jasmay (kot).. zosaw impresses dgn que haidar'prior actings.. but tis film tat's not gud enuf to utilize d superstars ablitities.. huhu.. so melempiaskan dissapoitment..dengan bnyk film superstar dr hollywood menjengah xmas nie..DHSPP mesti semput di pawagam.. anyway..all d best DSPP

    ReplyDelete