ZOSAW ialah nama blog sebelum ditukarkan kepada Suhaimi Suib. Entri ini ialah bahan lama yang sempat diarkibkan.
ZOSAW menonton Muallaf, Sabtu lepas di GSC Midvalley setelah hampir setengah jam beratur akibat kegilaan orang ramai menonton wayang Sabtu tempoh hari. Sejujurnya ZOSAW amat menyayangi karya Yasmin Ahmad ini sebagai satu bentuk filem yang penuh dengan elemen kasih sayang, nilai keagamaan dan kekeluargaan yang lebih serius berbeza seperti Talentime yang mempunyai pemberatan isi yang sama namun naratif lebih bersifat turun naik (selang seli dengan humor yg banyak) yang membolehkan kita relaks dan berfikir sebentar. Namun dalam Muallaf segala-galanya hadir pada masa yang sama dan storyline bergerak dalam dua naratif yang menjadi satu kesinambungan cerita yang sarat dengan idealogi keagamaan. Ayat 62 Al Baqarah bercerita mengenai golongan Al-Sabain dan ini sebenarnya golongan Muallaf yang digambarkan dalam filem ini iaitu golongan yang ingin mendekati Islam ataupun watak Brian dalam filem ini
ZOSAW menonton Muallaf, Sabtu lepas di GSC Midvalley setelah hampir setengah jam beratur akibat kegilaan orang ramai menonton wayang Sabtu tempoh hari. Sejujurnya ZOSAW amat menyayangi karya Yasmin Ahmad ini sebagai satu bentuk filem yang penuh dengan elemen kasih sayang, nilai keagamaan dan kekeluargaan yang lebih serius berbeza seperti Talentime yang mempunyai pemberatan isi yang sama namun naratif lebih bersifat turun naik (selang seli dengan humor yg banyak) yang membolehkan kita relaks dan berfikir sebentar. Namun dalam Muallaf segala-galanya hadir pada masa yang sama dan storyline bergerak dalam dua naratif yang menjadi satu kesinambungan cerita yang sarat dengan idealogi keagamaan. Ayat 62 Al Baqarah bercerita mengenai golongan Al-Sabain dan ini sebenarnya golongan Muallaf yang digambarkan dalam filem ini iaitu golongan yang ingin mendekati Islam ataupun watak Brian dalam filem ini
ZOSAW suka bagaimana cara Yasmin membentuk karekter Brian dari awal penceritaan sehinggalah ke akhir cerita. Dalam soal selidik Ajami bersama arwah Yasmin Ahmad, ZOSAW berpegang pada satu penyataan di mana arwah menyatakan di awal penceritaan Brian di dalam bilik gelap yang mana dia bergerak ke sana kemari seperti orang yang berada dalam kekalutan iaitu seperti binatang yang buas, perlambangan Yasmin ini sebenarnya sudah pun mencirikan sikap Brian yang berada dalam kekalutan dimana Brian merupakan seorang yang bersikap individualistik pada mulanya (banyak ditonjolkan dalam filem) dan tidak menghiraukan keluarganya apabila beliau enggan pulang ke Pulau Pinang. Kekalutan ini juga menggambarkan bagaimana Brian merupakan orang yang terkesan dengan back-story (semasa flashback) iaitu semasa kecil dia pernah di dera oleh keluarganya kerana perbuatan terkutuk iaitu "melancap" (bahasa baik :onani) sambil melihat majalah orang berpakaian ala biarawati (pakaian sister church).
Babak ini memberi signifikan bagaimana kelakuan Brian yang merupakan orang yang obses terhadap imiganasi seks sebegitu rupa. Namun akibat telah didera oleh keluarganya yang kuat pegangan agama. Akibat daripada perkara tersebut telah memberi impak psikologi kepada Brian supaya melabelkan keluarganya dan agamanya sebagai kejam dan Brian lebih gemar bersikap individualistik dengan mementingkan diri sendiri seperti tidak hirau emaknya naik bas ke gereja dan sebagainya.
Babak ini memberi signifikan bagaimana kelakuan Brian yang merupakan orang yang obses terhadap imiganasi seks sebegitu rupa. Namun akibat telah didera oleh keluarganya yang kuat pegangan agama. Akibat daripada perkara tersebut telah memberi impak psikologi kepada Brian supaya melabelkan keluarganya dan agamanya sebagai kejam dan Brian lebih gemar bersikap individualistik dengan mementingkan diri sendiri seperti tidak hirau emaknya naik bas ke gereja dan sebagainya.
Karekter Brian dikembangkan lagi oleh Yasmin dengan menceritakan bagaimana Brian ini merupakan seorang guru yang mengajar subjek Sejarah. Mengapa "Sejarah"? Kadang-kadang Sejarah ialah perkara paling menyakitkan dan itu adalah sesuai untuk Brian yang merupakan orang yang hidup dalam sejarahnya yang masih menghantuinya. Brian juga seorang guru yang bertindak sebagai hero kepada adik Rohani, Rohana yang didera oleh Mrs Siva. Kenapa Brian mahu bertindak seperti hero ? Juga adalah kerana Brian adalah orang yang dahulunya pernah didera dan Brian orang yang dihantui psikologinya dan dia tidak suka kepada penderaan. Maka Brian seperti berlawan dengan sejarahnya sebenarnya, dia tidak suka Mrs Siva seperti dia tidak suka Bapanya kerana watak Mrs Siva seperti bapanya. Kerana itulah ada babak dimana Brian ini digambarkan sebagai bermurah hati menolong Rohana oleh seorang guru lain. Kerana dalam perkara ini sahajalah Brian benar-benar nekad sebagai pembela kepada Rohana yang didera. Matlamat tidak menghalalkan cara itulah gambaran kepada Mrs Siva yang mendera walaupun sebenarnya Rohana melukis tapi bukan gajah, dia lukis bunga!
Selepas babak ini bermula tempat di mana cerita Brian dan Rohana disatukan dan bergerak seiring iaitu, babak perkenalan Brian dan Rohana. Rohani juga mempunyai penceritaan kisahnya yang tersendiri. Rohani adalah orang yang sama seperti Brian dimana Rohani didera oleh bapanya dan namun cerita Rohani berbeza kerana Rohani makin kuat keagamaanya terhadap Islam selepas didera. Pada mulanya interprestasi ZOSAW terhadap kisah Rohani mungkin pelik. ZOSAW berpendapat Rohana dan Rohani sebenarnya orang yang membandingkan kesemua agama dan kemudiannya memilih Islam kerana gambaran buku berlainan agama yang dipunyai oleh emak mereka yang merupakan seorang pensyarah agama. Tatkala bapa mereka yang makin terpesong disitu la kritikan dizahirkan kepada ayah yang seharusnya menjadi pemimpin apabila Yasmin membuat babak bagaimana Rohana perlu mencari seorang guru untuk dia dan adiknya Rohana belajar tentang agama. ZOSAW tersentuh dengan babak di mana Rohani dan Rohana berbicara mengenai tindakan mereka seharian (muhasabah diri) dan mereka memaafkan prang yang buat salah dengan mereka.
ZOSAW baru faham sebenarnya Rohani merupakan watak yang buat perkembangan watak Brian lebih ke arah tidak indivualistik. Titik plot bergerak apabila semakin hari Brian semakin mengenali Rohani. Semakin hari semakin dia kuat ingin mengenali Islam apabila dia mula membaca Al-Quran. Dan akhirnya watak Brian ialah dia sudah keluar daripada kekalutan dan ketakutan psikologinya. Digambarkan dengan scene terakhir di mana scene itu diambil wide shot dimana Brian masuk ke rumah Rohani (babak itu terang dan luas bukan seperi awal cerita babak gelap dan sempit lensa kamera) dan ketenangan yang hadir itulah pengakhiran perwatakan Brian yang menjumpai ketenangan sebenarnya. Sebelum itu Brian di lihat lebih memilih Friekies daripada makanan kucing "Pussy" menunjukkan dia sudah tidak lagi kedekut. Dia sudah tidak lagi bersikap indivualistik dia dan susulan tindakan selepas itu ialah dia pergi berjumpa dengan emaknya. Gambaran kucing hitam yang dia takut itu merupakan semantik kepada ketakutan terhadap silamya yang gelap sebab itu kucing itu hitam. Makanan kucing tak terusik dan kucing hitam sudah hitam menunjukkan bagaimana sebenarnya ketakutan dalam dirinya sudah hilang dan dia seorang yang lebih terbuka selepas itu. Nilai filem ini membuatkan kadang-kadang otak ZOSAW berat untuk memikirkannya. Nak tahu kenapa Brian cium bra dan seluar dalam Rohani ? Ada maksudnya tapi biarlah rahsia ?
Rohani merupakan seorang yang berhijrah juga dan dirinya banyak membantu Brian percaya bahawa hubungan kekeluargaan itu penting dalam merupakan ajaran baik dalam Islam. Rohani dilihat juga bertudung ketika keluar untuk menelefon Brian menunjukkan bagaimana kadang-kadang sebenarnya kita memerlukan satu sama lain untuk berubah. Rohani lebih bersifat "what she says she do". Dia nasihatkan Brian jaga emaknya. Dia pun jaga bapanya ketika bapanya strok. Berlainan dengan perwatakan bapanya sendiri yang hipokrit. Contohnya geli mahu bersalam dengan kawannya yang baru dijilat anjing tapi dirinya sendiri menggelikan kerana baru sahaja sebelum itu dia minum bir!
Hidup ini perlukan hubungan baik sesama manusia dan hendaklah kita tolong menolong satu sama lain. Kadang-kadang orang agama lain pun boleh tolong kita. Itulah gambaran Yasmin ketika mana seorang ustaz menolong paderi yang jatuh itu. Hatta, itu gambaran bahawa Islam mengajar perkara yang baik. Juga jangan sangka manusia tidak boleh berubah hingga saat akhir. Dendam seorang amoi Cina pub terhadap Rohani hilang tatkala akhirnya Amoi itu membantunya dengan memberikannya wang.
Ulasan filem adalah mudah. Aspek teknikaliti mungkin sudah menjadi signature Yasmin Ahmad yang menggunakan teknik simple shot dan still shot seperti dalam filem Talentime juga. Still shot ada banyak termasuk babak seorang lelaki gemuk Cina yang dijilat oleh anjing dan botol arak bergelimpangan disebelahnya. Yasmin merupakan pengarah yang gemarkan experimental dalam filemnya. Penutup filem ini juga simbol Yasmin seperti dalam drama pendek Ajami, Yasmin berkata "kamu bina jambatan sendiri". Itulah Yasmin Ahmad. Sinematografi Yasmin hanya seperti filem-filem pendek yang biasa. Namun inilah sebenarnya lambang dirinya yang merupakan pengarah mementingkan karyanya.Al Fatihah Yasmin Ahmad!
best review of the year!!! huahuahua.. i setuju dengan zosaw...i suke kekonfidenan rohana menyebut "the numbers"...it's really make people wonder & fear..perhaps.. huhu
ReplyDeleteLagi satu, i nak cakap pasal babak cium berkali2 oleh seorang kakak kepada adik.. in real.. benda betul2 terjadi.. dlm family terdekat i pun.. abg selalu cium adik2 lelaki die & perempuan..sebab sayangla...
review yang matang n terperinci.. cuma terlalu panjang n meleret.. pepun, sebagai individu yg pergi menonton bersama ZOSAW & DAA BELACHUR, Rai amat kagum ngan citer Muallaf karya Yasmin Ahmad ni.. menonton citer ni rasa begitu dekat ngn apa2 yang belaku dgn sekeliling kita samada kita sedar atau tidak. Kendatipun citer ni simple n dipotong2, tapi ia masih berjaya menyampaikan satu mesej berharga = jangan putus asa walau apa pun.. pasti ada jalan ( bagi Rai la ).. sekian.. congratz ZOSAW
ReplyDeletegood review..impressed..instill bende macam nih dalam debat..u going to b a lagend then...i m damn serious....bak kate rai..jgn putus asa...
ReplyDeletesejujurnya aku kagum ngan budak sains nih..ko lebih hebat membaca filem daripada budak2 yang mmg amek jurusan filem. Mungkin ko mmg ditakdirkan kot join the industry, buat filem2 yang baik n gantikan tempat arwah yasmin. Kagum.kagum..teruskan menulis..
ReplyDeleteasri > ngar citer x suke muallaf betul ke?
ReplyDeletejojo > suke la bila abg jojo kata filem ini dekat dihati kita
khalis > thank you. byk lg benda i kena usahakan n i will do my best
abg hasrul> tq..tp pancingan abg hasrul suh i tukar meskom xdpt diapprove oleh mak i la..i down..