Sunday, February 7, 2010

[ULASAN] Lu Fikirlah Sendiri The Movie : Karya Pensyarah Lakonan dan Teater

Bukan Professor A Razak Mohaideen yang pasti. Kali ini filem Lu Fikirlah Sendiri merupakan karya seorang pensyarah lakonan dan teater UiTM yang terkenal iaitu Aminah Raphor. Skrip dan lakon layar filem ini juga ditulis oleh Aminah Raphor karya sepenuhnya daripada beliau berdasarkan . Yang penting filem ini mempertaruhkan Nabil Raja Lawak sebagai orang utama dalam filem ini. Yelakan tajuk filem pun dah tahu trademark die. Mampukah Aminah Raphor memberi kejutan ?

    
Lu Pikirlah Sendiri de Movie Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Puteri Sarah Liyana (Natasya) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya. Filem ni akan ditayangkan pada 11hb Feb 2010.

 
Mila bagaimana lakonan filemnya ?
 Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussain di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5,Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini?

Filem ini berdasarkan hampir 50 peratus kepada kisah benar kehidupan Nabil sendiri di mana beliau pernah menjadi penghantar surat dan hidup susah sebelum memenangi Raja Lawak. Mungkin juga tajuk filem ini Lu Fikirlah Sendiri de Movie menyuruh penonton berfikir sendiri apakah yang ingin disampaikan.

KATA AKU ? 

Kalau nak dikatakan pembikin filem membuat filem untuk keuntungan memang sah-sah la siapa yang buat filem tak nak untung. Cuma adakah filem intu untung dalam masa yang sama memberi kepuasan jalan cerita dan nilai filem yang perlu diangkat iaitu pengisian ataupun ia sekadar kosong tambah mesej. Kali ni nama besar mewarnai filem ini siapa tak kenal Nabil yang dah berjaya kalahkan populariti Mawi di APBH. Bahkan Siti juga mengakui Aura yang dipunyai oleh Nabil. Ditambah dengan Meet Uncle Hussain, band indie yang pastinya budak-budak indie kenal. ? Adakah market filem ini untuk budak-budak indie dan remaja sahaja ? 


Review filem ini ZOSAW akan buat siarkan pada jam 1 pagi Selasa, iaitu dua hari sebelum filem ini berada di pawagam sebab esok ZOSAW akan ke tayangan amal filem ini di DTC Universiti Malaysia. Siapa nak join tengok. Sila SMS. Thank You. Tunggu dan nantikan review ZOSAW.

BACA REVIEW sebelum ini klik sini : REVIEW LAMA

AKHIRNYA REVIEW AKU PUN RELEASED ?
* Kalau nak dikatakan filem ini filem popcorn yes aku akan cakap sebegitu kerana jalan cerita yang terlalu ringan untuk hiburan seisi keluarga. Namun anda harus ingat filem sebegini sememangnya hidangan untuk jiwa remaja yang inginkan keriangan.

* Kalau saya dan Bro Ajami (Blogger Pengkritik Filem terkenal) selalu mengkritik filem berdasarkan jalan cerita. Naratif cerita ialah tunjang kepada filem itu. Naratif filem ini aku gambarkan bergerak perlahan awal cerita sehingga sejam yang pertama yang hadir hanyalah konflik-konflik kecil percintaan yang tak nampak akan membawa kepada konflik lebih besar (confrontation conflict to ACT II seperti struktur biasa). Setelah sejam penonton dihidangkan dengan kehadiran watak bapa Nabil, yang sedang sakit. Barulah aku faham kenapa Nabil perlu bekerja kuat menyara keluarganya. Ia seakan-akan kembali ke 10minit di awal filem. Barangkali lebih cantik tahu awal-awal. Namun, kita perlu faham untuk mengambil cerita Nabil dan memasukkan fantasi sendiri dalam cerita dan menyusunnya bukan perkara yang senang perlu dilakukan oleh Aminah Rhapor.

* Filem ini Character driven ke story driven ? Jugak benda tak sempat tanya. Namun aku akan dapat semula penjelasan perkara ini dari Aminah. Namun daripada pembacaan aku  filem ini character driven di mana watak Nabil yang berkembang. Namun, matlamat Nabil tidak ditonjolkan awal cerita (first 10 minute is the time to make people believe your character). Nabil seorang pemuda yang ingin menyara nasib keluarganya kepada lebih baik kerana bapanya sakit. Mudah premis cerita ini sebenarnya...

* Kekuatan filem ini ialah Nabil sendiri kata Pengarahnya semasa sesi bual santai bersama beliau di Universiti Malaysia. Kenapa Nabil sendiri ? Hal ini kerana watak Nabil paling menonjol dan paling mempunyai potensi untuk mewarnai filem ini. Selain daripada itu muzik juga di katakan sebagai kekuatan filem ini, banyak muzik jiwa-jiwa remaja dalam filem ini namun terlalu banyak aku rasakan sehingga aku mulakan ingat memang genre filem ini sebegitu rupa..
* Aspek teknikaliti aku berpuas hati amat sangat. Mungkin ini kekuatan Aminah Rhapor. Kerana sinematografi yang digambarkan kepada audiens sangat menarik. Cuma ada beberapa ketika pencahayaan dalam babak menjual ayam dan pasar malam perlu diteliti kerja akhirnya. Overall memang teknikaliti sangat masyuk.

* Kalau  anda baca review aku sebelum ini banyak yang akan menyentuh tentang "sebab dan musabab". Setiap perkara perlu ada subplot ataupun supporting yang menyebabkan plot lain hadir. Namun, dalam filem ini ada beberapa perkara ini mood sebegitu tidak timbul, contohnya kenapa Nabil tiba-tiba boleh berbaik dan mahu mengikut watak Natasya tidak ada back story jelas...Kesimpulannya cerita ini kalaulah diadunkan dengan back-story yang jelas ini barangkali boleh menjadi cerita yang sangat kaboom !

* Mesej, nilai moral seperti lazimnya review aku akan ada perkara ini ? Kalau nak diikutkan filem ini tak adalah membawa suatu premis yang sarat dengan moral dan mesej namun secara keseluruhannya anda boleh mengatakan yang mesej yang digambarkan ada berbentuk sinikal dan spontan dalam dialog filem. Contohnya bagaimana mahasiswa hari ini suka menciplak assignment dan sebagainya. Juga dikritik hebat. Ada juga Faizal Tahir kena pasal bukak baju tuh! Huhu..Mesej sarat dengan nilai bagaimana kerja kuat akhirnya akan membuahkan hasil dan ingatlah keluarga bila dah berjaya..

* Klise? Biasalah soalan yang tak sempat nak tanya pengarah tu apakah "standnya" pasal perkara ini?

* Lakonan ? Alhamdulillah kredit untuk Nabil kerana lakonan yang superb, kepada nama-nama baru sebagai pelakon satu percubaan yang baik dari anda.

KENAPA AKU CAKAP KORANG KENA TENGOK ?

Sebab utama barangkali anda perlu tengok ialah aku rasa kerana penceritaan Nabil bagaimanakah anda mahu menghayati kisah hidup Nabil dan boleh mengadaptasi dalam kehidupan anda seharian. Aku yakin je ramai lagi yang bukanlah kaya sangat, tak mempunyai pekerjaan dan hidup tak senang. Tengok filem ini dan hayatilah kisah dipaparkan

Filem ini bakal menemui anda di pawagam 11 Februari ini nantikan...

P/S : To Puan Aminah Rhapor thanks untuk sesi bual santai temph hari. Saya bukan pelajar filem, namun hanyalah pelajar Fizik minat filem. Sori kalau ada salah pembacaan filem di atas.


 

6 comments:

  1. pelajar fizik minat filem...terbaek~~~

    ReplyDelete
  2. terbaek...thank you gang...ada supprt gua ngan bg feedback menarik pasal filem tuh untuk gua taruk kat sini...

    len kali kita lak wat filem...ngar citer
    aku dah buang skrip loco nak amik skrip amir plak...wakakakakaaka

    ReplyDelete
  3. hahahahah damn!!!

    tak kesah yg penting nak tgk sape pegang watak amir haha

    ReplyDelete
  4. Cinematografi baek smpai berjaya mengcover jalan cerita ke?Anyway.Nice preview.But I love the one you did waktu Muallaf tu.Sometimes, tinggalkan persoalan untuk readers berfikir sangat baek untuk buat readers nak g tengok movie ni demi mencari jawapan.You got what I mean kan?Hahahaha.

    ReplyDelete
  5. aminah rhapor bukan pensyarah filem..tetapi pensyarah lakon dan teater...

    ReplyDelete
  6. terima kasih bebanyak bagi 2 bintang! dan lg sangat menghargai 'rasa' anda semasa menonton, ZOSAW menghayati filem ni... (base on "knp zosaw ckp kne tengok?") emosi yg bagus drpd pelajar fizik! klu free layan la klip video ni
    http://www.youtube.com/watch?v=RWdG9b94wos
    jmpa lagi.

    ReplyDelete