Saturday, April 10, 2010

[ULASAN] The Shawshank Redemption (1994)

Mungkin Gua memang patut bagi kredit sikit kepada Loco kerana dia yang dah cadangkan kat aku suruh tengok movie ni. Maka time Gua pulak nak cadangkan kat korang supaya tengok filem yang gempak ini. Baiklah kita mulakan dengan gambaran keseluruhan movie ini.
Filem ini sebenarnya berlatarbelakangkan tentang kehidupan banduan yang ditempatkan di penjara yang bernama Shawshank State Prison. Pengarah filem ini ialah Frank Darabont dan filem ini sebenarnya diadaptasi daripada novel Stephen King. Lebih jelas lagi filem ini berlatar belakang sekitar tahun 1940 berkenaan dengan cerita Andy Dufresne yang tidak bersalah membunuh isterinya lalu tetap dipenjarakan. Dia kemudiannya menyimpan satu harapan yang tinggi untuk keluar dari tempat tersebut.


Filem ini mungkin hebat kerana nilai persahabatan yang ditonjolkan dalam filem ini amat tinggi. Bagaimana untuk kita menilai erti sebuah persahabatan yang tinggi kalau filem Talentime Yasmin Ahmad juga memberi impak yang sama iaitu meremang bulu roma ketika tengok. Begitu jugalah kesan filem ini ketika akhir filem ini. Shawshank Redemption memaparkan erti persahabatan antara Andy (Tom Robbins) dan juga Red lakonan Morgan Freeman. Red dan Andy seorang sahabat setia yang akan membantu sesama mereka.

Aku mengatakan bahawa filem ini memberi penghayatan dan suatu dimensi baru kepada penulis-penulis lakon layar filem di Malaysia kerana bagi aku cerita ini agak bosan iaitu kehidupan di penjara, namun bagaimana Shawshank Redemption menghidupkan suasana penjara dengan pelbagai elemen dalam filem ini membuatkan orang suka tengok filem ini. Loco kata " Aku rasa filem ini hampir semua elemen ada". Begitu juga penulis skrip di Malaysia yang menulis cerita klise dan bosan namun bagaimana pengembangan idea dan nilai yang harus ada dalam filem perlu nampak cantik supaya orang suka tengok filem anda.

Kekuatan dan semangat serta harapan dan tinggi telah menyebabkan Andy berjaya bebas daripada penjara. Unsur twist dalam berjaya mewujudkan unsur yang tidak dijangka dengan satu mentaliti telah diterapkan terliebih dulu dalam minda. Bijak penulis ini. Sebagai contoh, bagaimana kita akan menyangka Andy meminta tali untuk bunuh diri seperti Brooks tapi sebenarnya tidak.

Anda kena tonton sendiri. Sila download KLIK SINI

1 comment:

  1. terbaek la siap iklan wat duit.. :) besh ke cite nie?... bape * boleh bagi dari 10?... ;)

    ReplyDelete