Hooperz sekali anda dengar mungkin filem daripada Holywood tapi sebenarnya bukan. Hooperz merupakan filem Melayu hasil sentuhan skrip daripada Wan Hasliza yang menggandingkan pelakon-pelakon bakal mencipta nama dan yang sudah ada nama dalam industri hiburan tanah air. Filem arahan Rosihan Zain ini mengisahkan kehidupan tujuh gadis dalam sebuah pasukan bola jaring, pasukan mereka gagal beraksi dengan cemerlang di gelanggang oleh kerana kesan daripada masalah peribadi yang dihadapi dan juga tiada sikap kerjasama antara mereka. Kehadiran jurulatih, D dalam pasukan tersebut adalah untuk membantu jurulatih Q mengajar dan mengubah nasib pasukannya itu. Walaupun pelbagai rintangan yang berlaku terhadap karekter-karekter ni, namun mereka tidak menjejaskan semangat mereka untuk ke pertandingan akhir Kejohanan Bola Jaring Tahunan.
Pelakon seperti Juliana Evans yang mantap dengan aksinya yang cun melecun digandingkan dengan Melissa, Akma dan lain-lain pelakon memaparkan Hooperz sebenarnya suatu filem yang terkandung pelbagai ragam dan personaliti dan setiap watak. Remy Ishak juga watak yang tidak ketinggalan memainkan peranan penting dalam filem ini.
Tak banyak aku boleh ceritakan sebab takut spoilerkan banyak benda sebab tu korang memang kena pergi tengok sendiri. Kalau salah seorang krew aku, Amer Sama mengatakan dia percaya filem ini mungkin jadi Typical Hollywood Movie berdasarkan sinopsis iaitu katanya mungkin cerita pasal kehidupan kolej lepas tu ada dua pihak bergaduh, ada unsur-unsur percintaan dengan lelaki selepas itu ada pertandingan antara dua belah pihak. Tapi Hooperz kelainannya ialah unsur sebegitu hanyalah sebilangan kecil daripada cerita.
Lebih diketengahkan ialah personaliti dan ragam setiap pemain dan bagaimana ragam setiap orang ini mempengaruhi pasukan bola jaring tersebut. Kekuatan filem ini ialah pada dialog dan tutur kata setiap orang. Dialognya kalau kita teliti mudah, simple dan memang sengal sehinggakan rasa nak pecah perut.
Sinematografi dalam filem ini kadang-kadang terasa macam tengok filem 90-an adakah filem ini menggunakan color yang diambil dari tahun tersebut. "Oh tidak saya hanya melawak." Tahapnya hanyalah pada memuaskankan betul mungkin ada orang kata teknikaliti siapa kisah janji cerita mantap. Tapi ini filem : Filem aspeknya menyeluruh dan semua aspek GuaLayanJe kena sentuh.
Plot filem ini bergerak baik dan tersusun malah berkembang. 10 minit pertama berjaya menimbulkan banyak tanda tanya untuk penonton. Teknik yang baik untuk memikat hati penonton supaya menunggu apakah yang akan terjadi selanjutnya. Kadang-kadang tengok filem ini saya suka tertunggu-tunggu intro setiap watak diperkenalkan kerana didalamnya pasti kelakar nak mampus ! Setiap karekter mempunyai matlamat dan motif yang jelas dalam setiap perkara dilakukan.
Faktor yang lebih penting anda perlu faham ialah lawak berlapik dalam filem ini. Kalau anda seorang yang LAMPI ataupun LAMBAT PICK UP aku suggest korang kena bersedia filem ini mungkin bermasalah bagi anda sebab kadang-kadang lawaknya bukan berdasarkan dialog semata-mata, visual, aksi dan perilaku hatta prop sekali pun menjadi bahan lawak.
Keseluruhannya GuaLayanJe katakan filem ini berbaloi untuk anda tengok di panggung terdekat anda. Mungkin tidak memberi kepuasan 100% namun filem ini ada kelainannya tersendiri. Sebab bila keluar panggung Gualayanje terfikir " Aku dah bosan filem biasa, filem ini lain. Lain yang amat lain hinggakan ia sesuatu yang bodoh menjadi sesuatu yang menjadi "
Rating : 4 bintang
P/S : Filem baik ini susah nak buat review detail sebab takut spoilerkan banyak benda !
sah2 i akan komen.. memandangkan yg komen memang mcm xde..
ReplyDelete1st u memang suke juliana evans kan??? tat'y put her damn hot pic kannn...
anyway.. she's not tat gud..(gile honest)..yeah she's natural.. tapi tak bnyk sgt scene yg susah2...(lite jah..next film k) but i like A.....J...
malaysian shuld watch this film..it's good(not great)...
KENAPA?? strenghts cite nie..setiap watak always ulang their habits... which is semuanya sengal2.. saida bile merajuk je mesti ajak noni balik... coach Q. nak buat post-mortem(dah mcm debat)..zulaikha dgn BAHASANYA...(Memang damn lawak)..Atilia asyik2 langar tong sampah..nik plak.. BUANG SAMPAH...hahaha(xde keje).. EN.IQBAL..Obses dgn bintang...(g....) plot laha of course..lite2 je pasal netball.. tapi Haboottt..
music die,, mak aiii.. best giler kotttt... mcm nak beli je soudtrack..
mesti tgk!!! sangat lwakkk! bodoh!!terhiburrr & memang fresh..
tat's all..aku i nak g JAMBAN japp...
I still believe she (Juliana Evans) got the talent and have a great acting in Hooperz.Mungkin peranan dia kecil sebab skrip tersebut tidak banyak tentang wataknya namun dalam filem tersebut she have done a great job..Congratz to her !
ReplyDeleterasa cam nak kena pergi tengok!! sbb kbykn dari mereka adalah mereka2x yang sy suka nengok sejak dunia baru lagi... harap2x best!! wihaa
ReplyDelete