Aku baru - baru ini menghadiri Maskara Shorties 2010 yang berlangsung di rumah pena. Buat pengetahuan siapa yang tak tahu Maskara ialah festival filem pendek ditayangkan secara terbuka yang dihasilkan oleh penggiat - penggiat filem dan ini bukan suatu pertandingan. Maskara dianjurkan oleh satu kumpulan dinamakan Sindiket Soljah dan mereka ini memang suka berkarya. Malas nak cerita panjang korang boleh lawati link ini.
Aku sampai lebih kurang pukul 7.30 malam time tu tak ramai lagi orang. Tapi semua barang dah setup baik punya. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan hari tak hujan. aku datang dengan member seorang yang baru first time nak tengok short film. Kitorang minum dan makanm, hisap rokok dan sembang- sembang sambil tengok baju - baju lawa.
Tahun ni aku tunggu sampai 1 pagi untuk melihat semua filem pendek yang ada, tapi lepas habis je terus cabut je minta maaf la krew Soljah tak sempat nak tolong kemas akibat kekangan masa. Tapi tahun ni memang superb dan memang happening.
REVIEW AKU !
PERTAMA oleh HALIMI HASSAN
Mungkin ini antara filem paling top yang aku suka. Ada banyak sebab satu sebab plot dan jalan cerita yang tidak linear kalau anda perasan "waktu yang ditunjukkan" melompat-melompat kejap pagi kejap petang pada hari yang sama diadun dengan baik membentuk karya yang superb. Terngiang - ngiang lagi aku dengan ayat " Cinta pertama tak semestinya cinta sejati ". Kisah ni sangat sweet mengisahkan cinta remaja. Segala - galanya mantap. Kadang-kadang klise thing dalam otak aku ingat gurlfren dia matilah accident la tapi sebenarnya tak? Nak tahu tengoklah. Cari kat Youtube.
IKAN LANGKA (RARE FISH) oleh BASIL MIRONER
Erti sebuah kehidupan ialah jangan pernah menyesal apa yang kita lakukan kerana ada yang sayangkan kita dan ada yang masih mengangap kita ini berguna. Diri kita boleh mengubah perkara itu. Mesej itu sarat dalam filem Rare Fish ini sebuah hasil gabungan Indonesia dan Singapura. Buat aku tertunggu dan tak bosan.
KIAMU oleh ANWARI ASHRAF
Wow. Filem pendek paling boleh buat aku bergelak tawa santai dalam masa serius untuk kita mengetahui apa yang cuba disampaikan sesuai dengan kes dan isu semasa yang berlaku iaitu isu buli disekolah asrama penuh. RMC misalnya yang banyak. Mungkin dia mengambil pengalaman peribadinya namun adunan cerita sangat fresh dengan kepandaian dialog narator mengambil peranan ditambah dengan animasi meletop ! Wajib tengok.
MAMAT oleh AJAMI HASHIM
Simple but full of meaning. Mungkin ramai dah pernah tengok bual santai Ajami namun ini adalah versi suntingan yang tampak lebih kemas seolah-olah penceritaan lengkap autobiografi Mamat tentang dirinya. Aku suka part bila tauke filem itu sengaja dimainkan oleh Mamat Khalid. Ada makna. Nak tahu kena tengok a nice. Cuma kalau dibandingkan dengan Kak Min juga karyanya diakhir cerita Kak Min ada shot still seterika,baju,kipas dan sebagainya dengan latar suara Kak Min menceritakan tentang haiku bagi sebuah ending yang membuatkan kita berfikir tapi Mamat tidak ada.
LAWAN oleh AZIZULHAKIM SALLEH
Aku pernah menonton karya AzizulHakim iaitu CAPAL. Memang berkualiti. Kali ini LAWAN pun memberikan kepuasan yang sama. Elemen komedi lebih disuntik bergerak seiringan dengan mesej sinikal bagaimana kaum Melayu ini suka untuk bergaduh, berdengki yang membawa kepada kerugian dalam perniagaan. Ini realiti dipaparkan dalam LAWAN. Wow paling suka angle kamera dia. Terbaik la. Masa awal-awal bila nak bukak kedai. Sound suma best tapi bila tengah-tengah cerita kelab kabut dah ada sikit.Tapi aku puas tengok LAWAN beri aku terhibur.
SEPI SEORANG ABDILLAH oleh VOVINSKI ANNUAR
Ikhlas kisah hidup PipiYapong seorang anggota Soljah. Cuma yang menggangu ialah bacaan skrip ayahnya yang tampak seperti di atur tapi takpelah at least cerita pasal PiPipYapong ni buat kita kenal siapa dia dan yang menarik aku suka cameo - cameo seperti SiNagaNaga, Ajami Hashim dan sebagainya yang ikhlas berkata- kata tentang sikap dan perwatakan dia..
LOW BUDGET LOVE oleh BAINUN WAHEEDA
Adakah aku seorang yang jiwang suka cerita cinta ? Haha mungkin. Sebab tu aku suka filem macam ni kemas, mudah, faham, tapi kreatif dan tidak klise. Sebab bagi aku Low Budget Love ini membawa suatu mesej cinta kepada couple sekarang ni yang duit bukan halangan untuk bercinta dan tolak ansur tu penting dalam perhubungan. Aku nak tengok lagi sekali cari - cari kat Youtube tak jumpa la pulak jadi memang rugi sapa tak datang Maskra untuk tengok filem pendek ni. Sweet dan comel la bak kata awek depan Aku time Maskara hari tu.
SEPULUH MINIT SEDUTAN HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH oleh MAMAT KHALID
Sedutan dari filem yang bakal dipanggung tak lama lagi. Memang style Mamat Khalid habislah penuh lawak sinikal dia dalam filem macam Zombi Kampung Pisang kalau siapa faham sama jugak macam dalam Estet. Filem ini membawa kepada kita suatu alunan ataupun jeda tempoh lawak yang fresh bermakna anda tak ada la macam tertunggu - tunggu eh bila nak lawak ni bila nak seram ni mainan emosi , perasaan dan penarik minat untuk lebih menonton ialah satu kekuatan filem ini disulamkan lagi dengan pelbagai kritikan secara indirect.
DI SEBALIK TABIR KARIPAP - KARIPAP CINTA oleh OTHMAN HAFSHAM
Memperlihatkan bagaimana sesebuah produksi filem dijalankan bermula dengan meeting, sign kontrak artis sampailah sehingga bagaimana shooting pemilihan tempat dan sebagainya. Tak banyak nak komen.
PEMANDU PELENCONG oleh TOK RIMAU dan JIMBO TIRAM
Kelakar nak mampus la filem pendek ni. Kreatif dan sangat menguji tahap kesabaran korang supaya tak cakap lawaknya bodohnya tapi berjaya membuatkan anda terfikir inilah akan jadi kalau masyarakat kita tak disuap dengan pendidikan Sejarah. Huhu unsur twist akhir cerita best haha tak sangka orang kena pukul rupanya bersubahat. Sempoila memang sempoi !
MR and MRS BBM oleh CST PRODUCTION
Terganggu kerana pemilihan lagu untuk short film ini sangat tak sesuai. Kalau ikut Aziz M Osman, kita ada mood song dengan theme song, untuk dapatkan mood guna mood song tapi di awal cerita dah guna song tak kena nampak sikit tak bestla sebab idea dan jalan cerita dah sempoi. Pasal seorang mamat dan seorang gadis yang rapat melalui BBM (nak try la lepas ni BBM ramai awek haha ). Oh BBM tu BlackBerry Messenger. Cerita diorang ni kenal dan jadi rapat kebetulan Mamat ni fotografer yang suka ambil gambar awek ni.
HENNIE oleh ETHAN PAGE
Wow teknikaliti kemas habis memang superb. Jalan cerita ? Erm macam iklan ubat gigi ataupun berus gigi je.
Tapi pengarah filem ini orang berpengalaman besar.
3 HANTU SILAP MATA
Video ini Aku suka sebab ada magik kat awal cerita. Fuh pengarah ni memang suka editing - editing benda macam ni ke. Filem ini pakai lagu sama macam short filem Alif tahun lepas jugak cuma adala ubah sikit kat lirik lagu. Haha tapi magik dalam filem ini suatu yang stylo um mungkin Alif kena berfikir macam mana nak hidupkan mood filem dia kot supaya tak melewah yang banyak part cakap tapi tak lawak ! Apa pun suntikan Alif masih berbisa kerana magik yang ada !
SUJUD oleh MUHAMMAD RAHIMI
Shot dalam sebuah bilik menceritakan bagaimana ragam manusia di pagi hari. Haha realiti pun ada orang macam ni. Sujud betul dan sujud dalam tidur ! Pernah tengok orang sujud sambil tidur kalau tak pernah tengok dalam filem ni ada contoh. Tapi benda ni memang betul berlaku cuma yang bestnya filem ni gabung dalam satu scene yang menampakkan ajaibnya cara tidur orang sekarang !
PETRA BOND oleh CHIN YEW
Di awal cerita Aku suka dengan tema dan gaya ala - ala Bond yang cuba disampaikan siap ada satu latar macam kat office Bond yang real tapi makin lama makin jadi annoying bila suara pelakon macam mumbling, tak jelas dan plus dengan bahasa rojak yang terlalu banyak. Lagipun tak suka sangat dengan filem yang kejutan akan dijangka haha ! Pujiannya filem ini mungkin boleh bagi idea untuk penggiat filem lawak tambahkan unsur kontra dalam setiap scene supaya diingati contohnya Bond naik motor EX5 Kapcai !
SROQ oleh INDRA SYABANI
Kisah kelakar masyarakat orang Asli entah suku kaum pe ntah.. Haha tapi part paling best ialah klip video dengan lagu Numa Numa tu memang best la lirik dia terbaik ! Haha
UNTITLED oleh ARES BAHAR
Pengajaran ke mesej tak baik ? Benda ini Aku debatkan satu malam dengan member. Dia kata tiada mesej baik cuba disampaikan. Mungkin ini pemikiran sesetengah pengkarya kita kena suap benda baik suap mesej baik ajar penonton tapi bak kata Shamsul Yusoff anak Yusoff Haslam kepada bapanya "Penonton sekarang kita tak payah ajar dia. Biar diorang fikir" ketika bapanya kritik filem anaknya.
Mamat Khalid kata "kita tak payah ajar suruh berpadu sebab perpaduan tu memang dah ada" Sama la konsep dipakai Ares Bahar filemnya tidak mengajar sebaliknya memberi pilihan kepada audiens menetapkan sendiri dalam kotak pemikiran mesej dengan menunjukkan perkara tidak baik dalam setiap lakon layarnya.
Mengisahkan dua orang kekasih yang ingin bunuh diri sebab cinta tak direstui oleh keluarga. Ending terbaik. Ditutup cantik dengan unsur cinta itu hanya pada nama, ada je orang tak sanggup walapun demi cinta untuk bunuh diri. Dan kerana cinta juga kita hilang akal dan bunuh orang kita sayang.
MY FATHER AND HIS CELLULOID oleh DAVEN R
Aku terpersona dengan latar hidup masyarakat India yang dipamerkan dalam filem ini memang menarik. Kisah ini mengisahkan seorang lelaki yang korbankan hidupnya untuk memberi sinar dan hiburan untuk orang lain. Dalam maknyanya tapi aku terganggu sesetengah babak tak ada subtitle, Macamana nak faham cakap India. Kata 1Malaysia !
COLOURS OF IDEAS oleh LOW WEIYAN
Jangan harap animasi kelas 5 bintang, walaupun animasi bulat-bulat berwarna tapi dizahirkan dengan makna mendalam yang tersirat tentang isu politik berlaku di tanah air. Inilah realitinya memang patut tengok cari kat Youtube memang ada. Lebih sempoi kontroversi dalam video ini tanpa tapisan! Correct correct correct isu VK Lingam tak habis habis jadi ulangan ! Sempoi !
BABI ITU KHINZIR oleh FAIQ KHALIFA
Sangat pendek durasi filem ini ! Mengisahkan dua orang sahabat bergaduh mempersoalkan siapa babi siapa khinzir dua - dua sama je bagi aku.Haha. Lagi sempoi pergaduhan tak matang ni memang kalangan mahasiswa kat seluruh Malaysia banyak sangat. Siapa tak suka mencarut bagitau aku semua suka !
6 LORONG oleh SYED SYAHRUL ZARIZI
Sebenarnya ini adalah footage video dari Majlis Perasmian LebuhRaya Pasir Gudang namun difilemkan dari sudut seorang jurukamera video. Kadang - kadang shot - shot dalam filem ini nampak seakan - akan sebenarnya kita mampu buat sinematografi macam filem Hollywood Vantage Point. Adunan cerita fresh la cuma muzik latar sangat tak sesuai.
NASI LEMAK 1.20 dan FRINGETOWN oleh ROZINOR
Cerita nasi lemak RM1.20 sangatlah budak-budak dan apa cuba disampaikan pun tak faham. Tapi Fringetown ialah suatu cerita kowboy zaman baru yang penuh dengan aksi tak dijangka. Terbaik dari ladang ialah kostum kowboy. Haha.
FIGHTING FIT oleh SULAIMAN SALOMON
Isu tak nak pergi kem tentera ni macam National Service Singapura diketengahkan. Macam - macam la. Mulanya macam tak tahu si kawan sorang ni nak cacatkan dirinya ingat nak pergi perang la pecah rumah ke. Aku lagilah ingatkan diorang nak main papan dan dadu ala ala cerita Zathura. Haha alien akan keluar sekali cerita lain da..Tapi bab cacatkan tangan sangat violent
SUNRISE oleh PLATON THEODORIS
Mungkin lagi satu cerita aku suka. Erm latar hidup masyarakat macam filem Odui Odu pemenang anugerah Short Film Astro Kirana sebab masyarakat pancing ikan dan bersawah bertani untuk tampung hidup. Kali ini tema dibawakan bagaimana kehidupan seorang abang jaga keluarganya. Mungkin realiti yang berlaku di Kemboja. Seusia awal muda ingin jaga family. Plot tersusun baik dan kemas walaupun durasi masa agak lama. Tapi kenapa ya tak ada muzik yang lebih mood untuk bagi feeling kalau tak mesti best! Suka ending filem ini. Tengoklah !
Filem lain tak sempat nak review minta maaf namun segalanya okay untuk Festival Filem kali ini aku sangat terhibur, sangat rasa berbaloi datang dan sangat rasa siapa tak datang adalah orang paling rugi.
Jumpa lagi tahun depan Maskara Shorties ! Terima kasih untuk kek cokolat, nasi, air sirap dan air coke yang Aku cepat je bantai makan !
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak !
No comments:
Post a Comment