Friday, December 31, 2010

[ULASAN] Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah merupakan filem karya Mamat Khalid diterbitkan dibawah Tayangan Unggul Sdn Bhd merupakan filem komedi parodi yang merupakan seakan - akan Zombi Kampung Pisang jika anda masih meminati filem ini. 

Latar masyarakat penduduk kampung di Perak menjadi pilihan Mamat Khalid dan bermotifkan sebuah cerita kononnya Mak Limah ini dipercayai sebagai hantu sehinggakan Mak Limah digambarkan sebagai suatu isu atau berita hangat kampung yang menjadi bualan dan perlu diselesaikan dengan pelbagai cara termasuk khdimat bomoh, khidmat pasukan RELA dan sebagainya.. Bayangkan sehingga kalau mesyuarat kampung pun ada unsur membincangkan masalah Kak Limah.

Dalam filem Mix Genre ini keupayaan Mamat Khalid dalam menganyam dan menyulam cerita supaya ketawa dan lawak tidak menjadi bosan mungkin sedikit gagal jika hendak dibandingkan dengan filem Zombi Kampung Pisang namun realitinya penceritaan Mamat Khalid berkembang dengan semakin baik walaupun dihujung cerita kita seakan - akan terpaksa untuk ketawa kerana pengulangan genre atau bentuk komedi yang kerap digunakan. 

Filem Mamat Khalid ini memilih pendekatan untuk menyindir pemimpin, kepimpinan kerajaan dan juga orang - orang dalam filem sendiri. Mungkin tidak siapa sedar babak seperti di sawah padi lalu ada lagu berunsurkan Mat Salleh mungkin menyindir sesetengah pengkarya filem namun ia mungkin hanya satu teguran manja buat mereka. Sekali lagi isu seperti subsidi dan bantuan kerajaan diketengahkan oleh Mamat Khalid. 


Namun subtext Mamat Khalid kali ini dilihat lebih rumit sampaikan ada rakan saya perlu menonton kali kedua untuk faham tetapi lawak slapstick Mamat Khalid kali ini lebih berilmu dan nilai yang tinggi sehinggakan kita bukan sahaja terhibur tetapi berfikir selama filem ini berjalan. 

Pembinaan karekter oleh Mamat Khalid tampak kemas dalam skrip filem ini Husin kalau sorotan sebelum ini seorang yang dungu kini sudah bekerja di Singapura kerana gaji yang tinggi. Watak Husin berkembang sebagai seorang yang penuh dengan kecintaan terhadapa Dik Nin lakonan Ummi Nazeera. Watak Husin ingin juga berkembang dengan sifat ingin tahunya terhadap Kak Limah dan semangat untuk berubah daripada seorang yang tidak bertanggungjawab kepada seorang yang boleh menjadi pemimpin dalam usia muda. Pengembangan watak Husin lakonan Awie ini digarap dengan baik. Watak Deris dan lain - lain jugak perlu diberi pujian kerana lakonan yang sangat mantap.

Kepada sesiapa yang masih belum menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah silalah ke pawagam berhampiran anda dengan segera. Kepada sesiapa yang telah menonton terima kasih kerana masih menjadi penyokong filem tempatan teruskan menyokong.

Rating : 4/5 bintang

No comments:

Post a Comment