SINOPSIS “KHURAFAT- Perjanjian Syaitan”
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan. Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama. Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Fauziah Nawi pelakon professional yang pandai beremosi. Liyana Jasmay bertudung cute tak ? |
Kisah bermula dengan Johan lakonan Syamsul Yusoff, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aisyah lakonan Liyana Jasmay. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Aisyah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna lakonan Sabrina Ali. Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Comel :) |
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.
Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Aisyah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?
INFO FILEM KHURAFAT
Filem ini merupakan filem keempat Syamsul Yusoff, Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 2010 selepas KL Drift, Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam dan KL Drift 2. Filem ini merupakan filem genre seram yang pertama kali diarahkan oleh Syamsul yang mana beliau bertindak sebagai sutradara, pengarah dan pelakon.
Liyana Jasmay bertudung dalam filem dan diberi mandat berlakon sebagai watak utama yang memerlukan cabaran yang tinggi.
Sabrina Ali merupakan pelakon baru yang diperkenalkan oleh Skop Production dalam usaha untuk mempamerkan bakat - bakat baru dalam dunia lakonan. Watak beliau sebagai pelakon pembantu amat mencabar terutama dalam filem genre seram yang amat memerlukan emosi dan garapan lakonan yang mantap.
Suhaimi Suib akan menulis ulasan filem ini selepas filem ini keluar di pawagam - pawagam tempatan.
Sepintas lalu filem ini mengingat tentang bagaimana kebanjiran filem Korea dan Jepun yang terkenal dengan elemen saspen dan seram berdasarkan sinematografi, lighting gelap dan audio yang amat menggerunkan. Filem Khurafat menjanjikan yang terbaik untuk anda. Silalah ke pawagam berhapiran anda 13 Januari 2011.
No comments:
Post a Comment